Blogger Widgets

Selamat Datang ke blog saya, moga beroleh manfaat.....

Thursday 20 June 2013

suara dari hati


Berakhir sudah tempoh Rancangan Latihan Pengajaran (2hb Feb-23 hb Mei 2013). Kini menunggu saat untuk di"posting". Semoga di permudahkan oleh Allah. Syukur pada Ilahi, kerana pada 20 Jun 2013 kembali bergelar guru ganti lagi......mengajar subjek yang diminati, Pendidikan Islam. Harap daku dapat menggunakan teori dan teknik pemgajaran yang betul kepada pelajar-pelajar setelah 4 tahun menimba pengalaman sebagai guru sandaran tidak terlatih dan menuntut ilmu daripada pensyarah UUM selama 3 semester. Terima kasih ya Allah.

Thursday 26 July 2012


Salam Ramadhan buat Muslimin dan Muslimat di Tanah Airku Malaysia dan Seluruh Dunia.

Saturday 23 June 2012

Dugaan adalah wasilah (perantaraan)


Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)
Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.
Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.
Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya
Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa dugaan?
Demikianlah, mereka yang tinggi nilai taqwa dan keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila ditimpa dugaan kita mudah sangka buruk dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan dugaan kepada kita.
Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak lihati kita, ditimpa dugaan  menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita ditimpa dugaan itu….

Monday 21 May 2012

Pendaftaran Perniagaan Francais

Perniagaan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia. Mengikut Akta, pendaftaran juga perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini telah berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri atau KPDNKK.
Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:
·       Suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais
·       Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia
·       Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia
·       Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia.

Di bawah Akta Francais 1998, terdapat empat (4) kategori pendaftaran seperti berikut;

JENIS PENDAFTARAN DEFINISI
Francaisor Orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais
Francais Induk Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu
Francaisi kepada Francaisor Asing Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais asing tidak mensubfrancaiskan kepada orang lain
Broker Francais Seseorang yang menjalankan perniagaan sebagai ejen atau wakil kepada mana-mana pemberi francais untuk menjual francais kepada mana-mana orang dengan balasan yang tertentu tetapi tidak termasuk mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemberi francais atau pemegang francais.

Selamat Hari Guru 2012

Popular Posts