Blogger Widgets

Selamat Datang ke blog saya, moga beroleh manfaat.....

Tuesday, 1 May 2012

Tentang Saya

Nama saya Norsilawati. Berasal dari Serdang, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dato' Zainuddin. Kemudian menyambung pengajian ke salah sebuah Sekolah agama di Daerah Bandar Baharu sebelum belajar di Yayasan Khairiah. Graduan daripada Universiti Malaysia Sabah dan menyambung ke Universiti Utara Malaysia bagi Diploma Lepasan Ijazah selama 18 Bulan. Berhasrat menjadi seorang Pendidik yang berjiwa luhur dan menjawat tanggungjawab dengan penuh ikhlas serta amanah. Semoga Allah memberikan kemudahan dan kekuatan dalam menghadapi hari mendatang. Demikianlah serba sedikit berkaitan dengan diri saya yang serba dhoif ini.
Tujuan saya membina Blog ini adalah kerana menjalankan tugasan yang diberikan oleh En.Zulkifli, Pensyarah Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan, UUM. Walaubagaimana pun, terima kasih diucapkan kepada En.Zulkifli kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang menjalankan tugasan membina blog ini. Saya amat gembira dapat melihat hasil blog ini walaupun tidak sesempurna yang diharapkan. Ini memandangkan saya tidak arif dalam pembinaan blog. Insyallah, saya akan menjadikan blog ini sebagai wadah perjuangan dan medan ilmu untuk menyampaikan ilmu walaupun hanya sepotong ayat. Selamat melawat blog saya, mohon komen jika ada idea untuk meningkatkan ilmu dan perkongsian bersama. Terima Kasih kerana masuk ke blog saya.

No comments:

Popular Posts