Apa itu stress?
Definisi stress atau tekanan melibatkan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dengan alam sekitarnya. Menurut Robbins (1993), menerangkan bahawa stress adalah “suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian individu akan hasil dan kepentingannya kepada individu tersebut”.
Tekanan ialah suatu ketidakseimbangan fisiologi dalam badan yang mempunyai komponen yang membebankan emosi dan kognitif. Ia menyatakan badan anda sepatutnya berhadapan dengan ancaman yang sebenar, seperti mendekati singa yang lapar.(Robert, 1999)
Manakala, “Smither (1994) mentakrifkan stres atau tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal keatas permintaan terhadap seseorang.
Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya.
Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.”
Selain itu, tekanan atau stress juga ditakrifkan “suatu keadaan mental atau emosi mengganggu atau menyakitkan yang berlaku sebagai tindak balas kepada pengaruh luaran yang buruk dan mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan psikologi. Tekanan adalah tidak ketara. Walau bagaimanapun, ia mengakibatkan beberapa simptom seperti pertambahan berat badan, mudah marah, tidak boleh tidur, kerap sakit kepala, ketegangan, keletihan, dan produktiviti yang rendah (Hanes, 2002)