Blogger Widgets

Selamat Datang ke blog saya, moga beroleh manfaat.....

Thursday, 26 July 2012


Salam Ramadhan buat Muslimin dan Muslimat di Tanah Airku Malaysia dan Seluruh Dunia.

Saturday, 23 June 2012

Dugaan adalah wasilah (perantaraan)


Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)
Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.
Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.
Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya
Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa dugaan?
Demikianlah, mereka yang tinggi nilai taqwa dan keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila ditimpa dugaan kita mudah sangka buruk dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan dugaan kepada kita.
Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak lihati kita, ditimpa dugaan  menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita ditimpa dugaan itu….

Monday, 21 May 2012

Pendaftaran Perniagaan Francais

Perniagaan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia. Mengikut Akta, pendaftaran juga perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini telah berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri atau KPDNKK.
Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:
·       Suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais
·       Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia
·       Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia
·       Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia.

Di bawah Akta Francais 1998, terdapat empat (4) kategori pendaftaran seperti berikut;

JENIS PENDAFTARAN DEFINISI
Francaisor Orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais
Francais Induk Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu
Francaisi kepada Francaisor Asing Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais asing tidak mensubfrancaiskan kepada orang lain
Broker Francais Seseorang yang menjalankan perniagaan sebagai ejen atau wakil kepada mana-mana pemberi francais untuk menjual francais kepada mana-mana orang dengan balasan yang tertentu tetapi tidak termasuk mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemberi francais atau pemegang francais.

Selamat Hari Guru 2012

Sunday, 20 May 2012

PETUA PELAJAR CEMERLANG

Setiap orang mengimpikan kejayaan dalam setiap yang ditempuhi.  Anda juga mampu mendapat impian tersebut. namun bukan hanya keazaman dan impian sahaja tetapi usaha disamping tawakal kepada Allah.....untuk mengetahui petua-petua menjadi insan cemerlang dalam pelajaran sila klik web INI.

Thursday, 17 May 2012

Petikan Daripada Kata-kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah


Untuk Mendapat keberkatan Ilmu daripada guru, Pelajar Perlu :


  1. ·         Sentiasa Solat  lima waktu dengan sempurna
  2. ·       Menghormati guru
  3. ·         Memaafkan guru
  4. ·         Mendoakan guru
  5. ·         Tidak Mengutuk guru yang telah memberikan ilmu kepada kita.
...............Semoga beroleh ilmu yang diberkati Allah.........................

Monday, 7 May 2012

Latihan Perdagangan

 Lembaran kerja Perdagangan Ting. 5, Bab: 8 (Konsumerisme)



Gambar / Rajah
Hak-hak Pengguna



________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________



________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________

________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________



________________________________________________


________________________________________________


________________________________________________




























Teori Psikososial Erikson (1902-1994)

Dalam Teori Perkembangan Psikososial, Erikson membahagikan perkembangan kepada lapan tahap dan konflik berlaku dalam setiap tahap iaitu:

Tahap 1- Kepercayaan vs tidak kepercayaan (lahir- 12 bulan)
Tahap 2- Autonomi vs malu/keraguan (2-3 tahun)
Tahap 3- Inisiatif vs perasaan bersalah (4-6 tahun)
Tahap 4- Ketekunan vs rasa rendah diri (7-12 tahun)
Tahap 5- Identiti vs kekeliruan identiti (13-19 tahun)
Tahap 6- Intimasi vs isolasi (20-34 tahun)
Tahap 7 - Generativi vs pemusatan kendiri (stagnasi) (35-60 tahun)
Tahap 8- Intergriti ego vs putus asa (60 tahun keatas)

Sunday, 6 May 2012

Tokoh Islam

Siapakah beliau?

Ali Jum'ah Picture Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati AliGomaa.net.

Kenali tokoh ini:

Gambar Sheikh Jibril Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.


 
KENALI IMAM AL GHAZALI

Biodata                                               
Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun 1058 Masihi di Bandar Tus, Khurasan, Iran. Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad At-Tusi Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang ulama tokoh sufi dan ahli falsafah yang disegani.

Beliau dikenali dengan panggilan Al-Ghazali sempena nama kampung tempat kelahirannya iaitu Ghazzalah yang terletak di pinggir Bandar Tus dalam Wilayah Khurasan di Iran. Selain itu, Al-Ghazali juga bermaksud benang kerana bapanya bekerja sebagai pemintal bulu kambing. Beliau juga digelar Abu Hamad kerana salah seorang daripada anaknya bernama Hamad. Beliau juga mempunyai gelaran lain iaitu Hujjah Al-Islam kerana kepetahan, kecekapan, kemasyuran dan merupakan seorang tokoh pemikiran Islam yang agung. Karya-karya beliau banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Bapanya bekerja sebagai pemintal bulu kambing yang disebut Ghazzal dan seorang yang miskin dan beramal soleh. Selain itu, bapanya sering mendampingi ulama sufi kerana minatnya yang mendalam dalam ilmu agama. Bapanya meninggal ketika usia Al-Ghazali masih kecil. Tanggal 14 Jamadil Akhir 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi, Imam Al-Ghazali telah kembali ke rahmatullah. Beliau dikebumikan di Perkuburan Thobiran, Iran.

Latar Belakang Pendidikan

Imam Al-Ghazali merupakan seorang yang berpegang teguh kepada syariat Allah S.W.T. Beliau telah dianugerahkan kebijaksanaan dan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Anugerah yang dimikinya ini tidak disia-siakannya dan beliau sangat tekun belajar serta bijak berhujah.

Imam Al-Ghazali mendapat pendidikan awal daripada sahabat bapanya yang merupakan seorang guru dan ahli Tasawwuf di Tus. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajarannya di sekolah yang didirikan oleh Perdana Menteri Nizam Muluk di Tus. Imam Al-Ghazali telah belajar membaca, menulis, menghafaz al-Quran, nahu, bahasa arab dan fekah. Dari Tus beliau terus melanjutkan pelajarannya ke Naisabur. Antara guru yang banyak mencurahkan ilmu kepadanya termasuklah Abu Al-Maali dan Dhiauddin Al-Juwaini yang terkenal dengan panggilan Imam Harmain yang mengajarnya tentang ilmu fekah, ilmu kalam dan falsafah.

Kemudian, beliau terus mendalami ilmu Usul mengikut Asya’irah. Semasa di Naisabur beliau turut mempelajari teori dan amali tasawwuf daripada ulamak fekah dan ketua ahli sufi iaitu Al-Farmadi, Al-Waraq dan Abu Bakar Al-Tusi. Selepas kematian gurunya Al-Farmadi dan Imam Al-Harmain pada tahun 478 Hijrah, Imam Al-Ghazali berhijrah ke Ma’askar. Beliau telah dijemput oleh Nizam Muluk, Perdana Menteri Khalifah Abbasiyah di Baghdad untuk memberi pengajaran dan sebagai penasihat Agung.  Imam Al-Ghazali juga telah dilantik sebagai tenaga Pengajar Kanan di Universiti Nizamiah.

Sumbangan Tokoh

Imam Al-Ghazali adalah merupakan seorang ahli fikir Islam dan tokoh pendidikan yang telah meninggalkan banyak jasa yang dapat dinilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa hasil karya beliau telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan bahan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Segala hasil tulisan beliau telah banyak mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Sheikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan juga Shah Waliyullah.  Kebanyakkan daripada hasil karya Imam Al-Ghazali adalah berbentuk falsafah. Kebanyakan orientalis telah mengganggap beliau sebagai seorang ahli falsafah. Di samping itu, beliau juga telah mengklasifikasikan falsafah kepada enam elemen yang utama iaitu merangkumi ilmu matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik dan etika (akhlak).

Antara hasil karya beliau yang berpengaruh ialah Ihya’ Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawwuf. Tahafut al-Falasifah adalah berkenaan pendiriannya terhadap falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam. Munqidz Min al-Dhalal pula menyatakan bahawa para filosufi yang menganut pelbagai mazhab serta membawa pemikiran yang bercanggah dengan ilmu yang batil. Imam Al-Ghazali telah menyatakan bahawa kekufuran terbahagi kepada tiga golongan iaitu Golongan ad-Dahriyyah ( Aties ), Golongan al-Tobi’iyyah ( Naturalis ) dan Golongan al- Illahiyyah ( Theis ).

Antara karya lain yang juga berpengaruh dan menjadi hasil rujukan ialah Miskat al-Anwar, Maqasid al-Falasifah, Majalis al-Ghazali, Al-Mustazhari, Mizanul-amal, Hidayah Al-Salikin, Minhaj al-Abidin, dan lain-lain lagi. Selain itu, beliau juga amat terkenal dalam ilmu mantik yang dapat membezakan antara ilmu yang mendorong kepada kebenaran dan keyakinan dengan ilmu yang mendorong kepada kesamaran dan kesalahan.

Idea-idea dan saranan-saranan Imam Al-Ghazali telah diguna pakai dalam sistem pendidikan masa kini khususnya di Malaysia terutamanya bidang Pendidikan Islam dan Fardhu Ain. Kitab Ihya’ Ulumiddin karya Imam Al-Ghazali banyak memperkatakan tentang tujuan dan faktor-faktor pendidikan. Menurut beliau matlamat atau tujuan pendidikan yang unggul ialah kelarasannya dengan objektif kejadian manusia iaitu penguasaan ilmu tentang Allah. Tujuan murid mempelajari segala ilmu pada masa kini adalah untuk kesempurnaan dan keutamaan jiwa (Al-Ghazali)(dalam Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990). Oleh itu tujuan pendidikan ialah sebagai pendekatan diri kepada Allah dan membentuk manusia yang berakhlak mulia.




Halaman Doa Harian

DOA ISTIFTAH (PERMULAAN SOLAT)



Maksudnya: "Ya Allah, jauhilah di antaraku dan kesalahanku seperti Engkau jauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah sucikanlah aku dari kesalahanku seperti dibersihkan kain yang putih dari kotoran. Ya Allah bersihkanlah aku dari kesalahanku dengan salji, air dan air sejuk".

DOA NAIK KENDERAAN UDARA




بِسْمِ اللهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ {سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ} الْحَمْدُ لِلَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.


Maksudnya

“Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang menundukkan kendaraan ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesung-guhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami (di hari Kiamat). Segala puji bagi Allah (3x), Maha Suci Engkau, ya Allah! Sesungguhnya aku menganiaya diriku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.” (
HR. Abu Dawud 3/34, At-Tirmidzi 5/501, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/156. )
DOA NAIK KENDERAAN DARAT





Maksudnya : " Maha suci Allah yang memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak menguasainya. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah, kami kembali".


DOA NAIK KENDERAAN AIR


Maksudnya : "Dengan nama Allah yang menjalankan kenderaan ini berlayar berlabuh, sesungguhnya Tuhanku maha Pemaaf lagi maha Pengasih.

Wednesday, 2 May 2012

Kata-kata Semangat

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi-Hukama........
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab........ Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan...... Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan..... Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan..... Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson...... Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…... Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman...... Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi..... Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.... Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.... Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja..... Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159..... Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Tuesday, 1 May 2012

Tentang Saya

Nama saya Norsilawati. Berasal dari Serdang, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dato' Zainuddin. Kemudian menyambung pengajian ke salah sebuah Sekolah agama di Daerah Bandar Baharu sebelum belajar di Yayasan Khairiah. Graduan daripada Universiti Malaysia Sabah dan menyambung ke Universiti Utara Malaysia bagi Diploma Lepasan Ijazah selama 18 Bulan. Berhasrat menjadi seorang Pendidik yang berjiwa luhur dan menjawat tanggungjawab dengan penuh ikhlas serta amanah. Semoga Allah memberikan kemudahan dan kekuatan dalam menghadapi hari mendatang. Demikianlah serba sedikit berkaitan dengan diri saya yang serba dhoif ini.
Tujuan saya membina Blog ini adalah kerana menjalankan tugasan yang diberikan oleh En.Zulkifli, Pensyarah Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan, UUM. Walaubagaimana pun, terima kasih diucapkan kepada En.Zulkifli kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang menjalankan tugasan membina blog ini. Saya amat gembira dapat melihat hasil blog ini walaupun tidak sesempurna yang diharapkan. Ini memandangkan saya tidak arif dalam pembinaan blog. Insyallah, saya akan menjadikan blog ini sebagai wadah perjuangan dan medan ilmu untuk menyampaikan ilmu walaupun hanya sepotong ayat. Selamat melawat blog saya, mohon komen jika ada idea untuk meningkatkan ilmu dan perkongsian bersama. Terima Kasih kerana masuk ke blog saya.

Sunday, 29 April 2012

Guru yang efektif



Mengutip pemikiran Davis dan Margareth A. Thomas  dalam bukunya Effective Schools and Effective Teachers, Suyanto dan Djihad Hisyam (2000:29) mengemukakan  tentang beberapa kemampuan guru yang mencerminkan guru yang efektif, yaitu mencakup :

1. Kemampuan yang terkait dengan iklim kelas :
  • memiliki kemampuan interpersonal, khususnya kemampuan untuk menunjukkan empati, penghargaan kepada siswa, dan ketulusan;
  • memiliki hubungan baik dengan siswa;
  • secara tulus menerima dan memperhatikan siswa;
  • menunjukkan minat dan anthusias yang tinggi dalam mengajar;
  •  mampu menciptakan atmosfer untuk bekerja sama dan kohesivitas dalam kelompok; melibatkan siswa dalam mengorganisasikan dan merencanakan kegiatan pembelajaran;
  • mampu mendengarkan siswa dan menghargai hak siswa untuk berbicara dalam setiap diskusi; dan
  • meminimalkan friksi-friksi di kelas jika ada.
2 Kemampuan yang terkait dengan strategi pengurusan :
  • memiliki kemampuan secara rutin untuk mengahadapi siswa yang tidak memiliki perhatian, suka menyela, mengalihkan pembicaraan, dan mampu memberikan transisi dalam mengajar; serta
  • mampu bertanya atau memberikan tugas yang memerlukan tingkatan berfikir yang berbeda.
3. Kemampuan yang terkait dengan pemberian umpan balik dan penguatan (reinforcement) :
  •  mampu memberikan  umpan balik yang positif terhadap respon siswa;
  • mampu memberikan respon yang membantu kepada siswa yang lamban belajar;
  • mampu memberikan tindak lanjut terhadap jawaban yang kurang memuaskan; dan
  • mampu memberikan bantuan kepada siswa yang diperlukan.
4. Kemampuan yang terkait dengan peningkatan diri  :
  • mampu menerapkan kurikulum dan metode mengajar secara inovatif;
  • mampu memperluas dan menambah pengetahuan metode-metode pengajaran; dan
  • mampu memanfaatkan perencanaan kelompok guru untuk menciptakan metode pengajaran.

Popular Posts