Perniagaan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia. Mengikut Akta, pendaftaran juga perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini telah berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri atau KPDNKK.
Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:
· Suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais
· Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia
· Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia
· Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia.
Di bawah Akta Francais 1998, terdapat empat (4) kategori pendaftaran seperti berikut;
Di bawah Akta Francais 1998, terdapat empat (4) kategori pendaftaran seperti berikut;
| JENIS PENDAFTARAN | DEFINISI |
|---|---|
| Francaisor | Orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais |
| Francais Induk | Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu |
| Francaisi kepada Francaisor Asing | Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais asing tidak mensubfrancaiskan kepada orang lain |
| Broker Francais | Seseorang yang menjalankan perniagaan sebagai ejen atau wakil kepada mana-mana pemberi francais untuk menjual francais kepada mana-mana orang dengan balasan yang tertentu tetapi tidak termasuk mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemberi francais atau pemegang francais. |




No comments:
Post a Comment